Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya,
hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar,
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat
lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia
akan masuk syurga.
Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini
disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani,
daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika
kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga
dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.
Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam
sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih,
tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya
mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah
kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.
Keempat, solat malam. Dalam hadis
riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah
malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat
berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan
orang-orang yang banyak mengingati Allah.
Kelima, berbuat baik dan banyak
bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW
bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun
dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak
menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam