Sudah sekian lama para saintis
kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu
binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang
dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan
piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang
beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan
di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu
berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah
liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa
batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang
dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan
batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata
Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian
saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ
إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي
صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ
الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui
Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT
kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik
melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia
dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun
mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga
menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika
dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid
yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri
dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari
olahan tanah liat.
Artikel kajian yang diterbitkan oleh
majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa
Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi,
termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat
batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun
menggunakan batu semula jadi.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan
dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga
terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke
dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang
sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki
Profesor Davidovits telah mengambil
sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan
menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya,
Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini,
tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk
membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah
bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di
puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun
melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa
piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph
Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh
tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid
Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah
liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa
lalu.
Gambar
di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah
dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik
Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan
bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui
dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat.
Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid,
bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak
pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar
tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan
tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu
yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak
pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina
monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun
selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina
monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi
Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan
petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya,
dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu
kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi
saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.